SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (SKAS RM800 & RM400 & RM250)
Warga Sarawak merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang yang berpendapatan rendah dan sederhana akan menerima pelbagai bentuk bantuan termasuk Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dengan nilai antara RM250 sehingga RM800 (tertakluk kepada kelayakan penerima).
Bagaimanakah check status sumbangan keperluan asas Sarawak layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

KEGUNAAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK
Antara kegunaan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang disalurkan bertujuan untuk membantu warga Sarawak yang berkelayakan untuk menampung kos pembelian keperluan asas seperti beras, tepung, minyak masak, gula dan sebagainya.
BILANGAN PENERIMA SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK
Kira-kira peruntukan sebanyak RM450 juta Bantuan Sumbangan Asas Sarawak akan memanfaatkan seramai 850,000 ribu warga Sarawak melibatkan golongan Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang yang berpendapatan rendah dan sederhana.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK
- Kriteria Umum :
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Kategori Penerima :
- Isi Rumah :
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Bujang :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Warga Emas :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Isi Rumah :
JUMLAH SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK DISALURKAN
Penyaluran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah mengikut jumlah bagi setiap kategori seperti berikut :
- Isi Rumah : RM800.
- Warga Emas : RM400.
- Bujang : RM250.
CHECK STATUS SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025
Sebelum membuat semakan status, pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
Ikuti panduan semakan / check status seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
- Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
- Tekan butang [Check Eligibility].
- Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
- Klik butang [NEXT].
- Kemudian, tekan [My Individual Account].
- Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
- Klik butang [Search].
- Paparan Notifikasi Nama anda ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SKAS Sarawak, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 6082441686
- Alamat Emel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.