STR TAMBAHAN 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM1650 & RM900 & RM600)
Peruntukan di tahap yang tertinggi dalam sejarah pemberian bantuan oleh kerajaan adalah pada tahun ini sebanyak RM13 billion untuk disalurkan kepada 9 juta rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan juga bantuan tambahan.
Bagaimanakh str tambahan semakan status layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

APA ITU STR TAMBAHAN 2025
Bantuan tambahan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kepada individu yang lulus permohonan STR serta menepati kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan pada tahun 2025.
Tambahan wang kepada penerima STR adalah secara ansur setiap bulan bagi membantu meringankan bebanan kos perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan.
KRITERIA KELAYAKAN STR TAMBAHAN
Terdapat dua (2) kriteria kelayakan penerima Bantuan STR Tambahan, iaitu :
- Penerima STR Miskin dan Miskin Tegar :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Penerima STR Asas Bukan Miskin :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BAYARAN STR TAMBAHAN 2025
Setiap kategori akan menerima jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tambahan yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN STR 2025 | JUMLAH BAYARAN TAMBAHAN 2025 |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | Daftar eKasih : RM2,100 Bukan eKasih : RM900 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | Bukan eKasih : RM900 |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN STR 2025 | JUMLAH BAYARAN TAMBAHAN 2025 |
---|---|---|
Bujang Umur 21 – 59 tahun | RM600 | Daftar eKasih : RM600 |
Bujang Umur 60 tahun ke atas | RM600 | Daftar eKasih : RM1,650 Bukan eKasih : RM450 |
KAEDAH BAYARAN STR TAMBAHAN 2025
Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah tidak sama dengan kaedah bayaran bantuan tambahan. Berikut merupakan kaedah bayaran tambahan :
PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) | PEMBAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR |
---|---|
Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima bagi penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif atau Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) | Dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam kad pengenalan penerima untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan |
JADUAL BAYARAN STR TAMBAHAN 2025
Pembayaran Bantuan STR Tambahan adalah dijadual pada tarikh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN STR TAMBAHAN 2025 |
---|---|
Penerima eKasih Berstatus Miskin dan Miskin Tegar | Setiap bulan : Dari 15 Januari 2025 Hingga ** Disember 2025 |
Penerima Bukan eKasih Berstatus Asas Bukan Miskin | Setiap bulan : Dari ** April 2025 Hingga ** Disember 2025 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR TAMBAHAN 2025
Berikut merupakan pautan Portal Rasmi STR LHDNM untuk semakan status :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi STR LHDNM | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Ikuti panduan semakan status kelayakan STR dan Tambahan seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR LHDNM di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Status Bayaran STR dan Tambahan (SARA) akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.