STR FASA 1 2025 BUJANG : SEMAK TARIKH BAYARAN LAYAK ATAU TIDAK

STR FASA 1 2025 BUJANG : SEMAK TARIKH BAYARAN LAYAK ATAU TIDAK

Terdapat seramai lebih 3.2 juta penerima yang berstatus bujang yang telah menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan semasa permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebelum pada 30 November 2024 yang akan menerima bayaran Fasa 1 ini.

Bagaimanakah semak bayaran str fasa 1 untuk kategori bujang? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

KRITERIA KELAYAKAN STR FASA 1 2025 BUJANG

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) khas untuk kategori bujang yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berstatus bujang belum berkahwin / balu / janda / duda (tiada anak);
  • Had umur 21 hingga 59 tahun / bujang OKU umur 19 tahun dan ke atas;
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
  • Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 BUJANG

Kategori Bujang akan menerima bayaran STR Fasa 1 sebanyak :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
STR FASA 1 2025
BujangRM150

TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2025 BUJANG

Pembayaran STR Fasa 1 dijadualkan pada tarikh berikut :

KAEDAH PENERIMAAN BAYARANTARIKH BAYARAN
STR FASA 1 2025
Di Kaunter Bank Simpanan Nasional
(BSN)
22 Januari 2025, Rabu
Dikreditkan Ke Dalam Akaun
Bank Penerima
Bermula 22 Januari 2025, Rabu
sehingga 28 Januari 2025, Selasa

KAEDAH BAYARAN STR FASA 1 BUJANG

Bagi memudahkan kategori bujang menerima STR Fasa 1, kaedah bayaran adalah sama seperti sebelum ini, iaitu :

JENIS PENERIMAKAEDAH PENERIMAAN BAYARAN
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima / pasangan mengikut
nombor akaun yang didaftarkan
semasa permohonan
Penerima Tiada Akaun BankDiberikan secara tunai di kaunter
mana-mana cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN)
berhampiran

WAKTU KREDIT STR FASA 1 BUJANG

Bagi penerima bujang yang mempunyai akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan, akan menerima kredit terus ke dalam akaun mengikut waktu berikut :

BIL.NAMA BANK PENERIMAWAKTU KREDIT
STR FASA 1
1.Bank Simpanan Nasional (BSN)Selepas 6 petang
2.Bank IslamSelepas 8 malam
3.Affin BankSelepas 8 malam
4.AmbankSelepas 8 malam
5.MaybankSelepas 9 malam
6.Cimb BankSelepas 9 malam
7.RHB BankSelepas 9 malam
8.Bank MuamalatSelepas 10 malam
9.Lain-lain BankSelepas 10 malam

*Nota : Walau bagaimanapun, Bantuan STR dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.

SEMAK KELAYAKAN BAYARAN STR FASA 1 BUJANG

Ketahui kelayakan bayaran Bantuan STR Fasa 1 untuk golongan bujang melalui semakan berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.