SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM900)

SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM900)

Melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, Kerajaan Negeri Sabah dapat mengenalpasti sebahagian rakyat Sabah yang layak untuk menerima Bantuan Kewangan yang akan disalurkan setiap bulan yang melibatkan kadar peruntukan sehingga RM358.5 juta.

Bagaimanakah check status kelayakan penerima Bantuan Sabah? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

PENGENALAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Kerajaan Negeri Sabah akan memberikan Bantuan Kewangan sebanyak RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Sabah menerusi inisiatif Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah.

Pemberian Bantuan Kewangan ini yang pertama (1) adalah sebanyak RM900 bagi tiga (3) bulan terus khas untuk 100,000 ribu penerima yang berstatus layak.

TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN KASIH RAKYAT SABAH 2025

Pemberian Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah bertujuan untuk :

  • Mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi rakyat untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakai dan perbelanjaan harian.
  • Meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya kepada pendidikan dan kesihatan anak.
  • Menyokong nasib golongan yang kurang bernasib baik.

SYARAT PENERIMA BANTUAN SABAH 2025

Berikut merupakan syarat-syarat penerima Bantuan Sabah yang ditetapkan :

  • Warganegara Malaysia berstatus ‘H’.
  • Rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
  • Mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
  • Ketua isi rumah atau ahli keluarga berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Tersenarai sebagai kategori miskin tegar dan miskin eKasih.

TARIKH AGIHAN BANTUAN SABAH 2025

Pengagihan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat adalah bermula pada tarikh berikut :

JENIS BAYARANTARIKH
Pembayaran Pertama (1)17/02/2025 (Isnin)

*Tarikh bayaran yang seterusnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan Negeri Sabah.

CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025

Senarai nama penerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang dikumpulkan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diberikan kepada Sekretariat Sabah Maju Jaya yang akan menyelaraskan agihan Bantuan Kewangan khas untuk nama-nama terkumpul dan tersenarai dalam rekod data eKasih.

Ikuti panduan check status seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Check Status Rasmi di sini : https://ekasih2.icu.gov.my/.
  2. Halaman check status akan dipaparkan, kecilkan skrin.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.