SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK (RM900 & RM600 & RM1200)
Daripada hanya seramai 700,000 ribu sahaja rakyat yang layak menikmati manfaat Bantuan MyKAD, kerajaan akan menyasarkan kepada lebih 5.4 juta rakyat supaya lebih ramai yang dapat menikmati manfaat Bantuan MyKAD pada tahun 2025.
Bagaimanakah semak status bantuan mykad layak atau tidak? Ikuti panduan semakan dan info lebih lanjut di bawah.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 2025
Ikuti cara semakan status Bantuan MyKAD layak atau tidak seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi di sini SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 2025.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status ‘Bayaran Bantuan MyKAD’ (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
HAD BANTUAN MYKAD 2025
Kerajaan telah menghadkan Bantuan MyKAD bagi setiap seorang penerima seperti berikut :
- 700,000 ribu penerima sedia ada :
- Isi rumah : RM1,200 setiap ketua keluarga.
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM1,200 setiap seorang.
- Bujang : RM600 setiap seorang.
- 4.7 juta penerima baharu :
- Isi rumah : RM900 setiap ketua keluarga.
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM450 setiap seorang.
- Bujang : tiada peruntukan.
JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD 2025
Pengkreditan Bantuan MyKAD adalah dijadualkan seperti berikut :
BILANGAN PENERIMA | JADUAL PENGKREDITAN 2025 |
---|---|
700,000 ribu penerima sedia ada | ** Januari 2025 sehingga ** Disember 2025 |
4.7 juta penerima baharu | ** April 2025 sehingga ** Disember 2025 |
MANFAAT BANTUAN MYKAD 2025
Antara manfaat Bantuan MyKAD yang bakal dinikmati oleh penerima yang layak adalah :
- Akan menerima Bantuan tunai dalam MyKAD setiap bulan secara automatik;
- Boleh digunakan untuk menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti barangan dapur, kelengkapan mandian, peralatan persekolahan anak dan ubat-ubatan;
- Selamat digunakan kerana mempunyai 6-digit nombor PIN yang hanya diketahui oleh pemegang MyKAD sahaja;
- Tidak perlu mengeluarkan wang tunai kerana pembelian hanya secara tanpa tunai (cashless) dengan MyKAD;
- Boleh digunakan dimana-mana 600 kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia;
- Baki yang tidak habis digunakan pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya.
KEDAI TERPILIH BANTUAN MYKAD 2025
Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan Bantuan Dalam MyKad di mana-mana 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.