SEMAKAN SKAS 2025 : SEMAK STATUS BANTUAN SARAWAK ONLINE

SEMAKAN SKAS 2025 : SEMAK STATUS BANTUAN SARAWAK ONLINE

Berdasarkan Belanjawan Sarawak 2025 yang dibentangkan oleh Primier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini, pelbagai bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat Sarawak bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimanakah semakan skas 2025? Ikuti panduan lebih lanjut di bawah.

APA ITU BANTUAN SKAS

SKAS atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan baharu dengan peruntukan sehingga RM450 juta untuk manfaat kira-kira 850,000 rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah bagi meringankan bebanan kewangan akibat kenaikkan kos sara hidup.

KEGUNAAN BANTUAN SKAS

Antara kegunaan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang disalurkan adalah untuk membantu rakyat Sarawak yang layak untuk membeli bahan makanan asas seperti beras, tepung dan minyak masak.

JUMLAH BANTUAN SKAS

Seramai 850,000 rakyat Sarawak akan menerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bernilai antara RM250 sehingga RM800 setiap tahun mengikut kelayakan yang ditetapkan bagi setiap penerima.

PERKARAJUMLAH
Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)RM250 hingga RM800
  • Isi rumah yang berpendapatan bawah RM5,000 akan menerima Bantuan SKAS bernilai RM800;
  • Warga emas tiada pasangan berpendapatan bawah RM5,000 akan menerima Bantuan SKAS bernilai RM400;
  • Bujang berpendapatan bawah RM2,500 akan menerima Bantuan SKAS bernilai RM250.

SYARAT KELAYAKAN SKAS 2025

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan dan jumlah yang akan diterima:

  • Kriteria Umum
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  • Kategori Penerima
    • Isi Rumah
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    • Bujang
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
    • Warga Emas
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.

SEMAKAN SKAS 2025

Berikut adalah cara semakan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2025 seperti berikut:

  1. Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
  2. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
  3. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  4. Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  5. Tekan butang “Check Eligibility”.
  6. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  7. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  8. Klik butang “NEXT”.
  9. Kemudian, tekan “My Individual Account”.
  10. Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  12. Klik “Search”.
  13. Paparan Notifikasi Nama anda Lulus atau Tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Sarawak 2025. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Laman Rujukan Lanjut : https://sarawak.gov.my/.