SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2025 : RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2025 : RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN

Bagi memenuhi keperluan asas harian rakyat, Kerajaan memperkenalkan bantuan bulanan tanpa tunai melalui MyKad, khusus untuk pembelian barangan keperluan asas termasuk makanan asas, barangan persekolahan dan ubat-ubatan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan dalam mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.

ISI KANDUNGAN

SYARAT LULUS SEMAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD ONLINE

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

PANDUAN SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  • Di Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD PENERIMA

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
RM 2,100
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
RM 1,650
Bujang
(Setiap Individu)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
RM 600
  • Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA
(BUKAN eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 100
sebulan
RM 900
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 50
sebulan
RM 450
Bujang
(Setiap Individu)

TARIKH AGIHAN BANTUAN KE DALAM MYKAD PENERIMA

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
(BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Bermula 15 Januari – Disember 2025
Penerima Bantuan STR
(BUKAN eKasih)
Bermula April – Disember 2025

Nota: Pengagihan akan disalurkan melalui MyKad (IC) penerima untuk pembelian barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sarat.