SEMAKAN KELAYAKAN SKAS 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM400 & RM800 & RM250)

SEMAKAN KELAYAKAN SKAS 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM400 & RM800 & RM250)

Manfaat Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bernilai RM450 juta akan dinikmati oleh seramai 850,000 ribu rakyat Sarawak yang merupakan golongan dewasa yang telah menepati kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan skas? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

KRITERIA KELAYAKAN SKAS 2025

Bantuan SKAS akan diberikan kepada rakyat Sarawak yang menepati kriteria-kriteria kelayakan seperti berikut :

  1. Kriteria Umum :
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  2. Kategori Penerima :
    • Isi Rumah :
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    • Bujang :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
    • Warga Emas :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.

SEMAKAN KELAYAKAN SKAS 2025

Ketahui status kelayakan anda menerima Bantuan SKAS melalui semakan di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
  2. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
  3. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  4. Kemudian, sila layarkan skrin ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  5. Tekan butang [Check Eligibility].
  6. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  7. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  8. Klik butang [NEXT].
  9. Kemudian, klik [My Individual Account].
  10. Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  12. Klik butang [Search].
  13. Paparan Notifikasi Nama anda ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

KADAR BANTUAN SKAS MENGIKUT KELAYAKAN

Bantuan SKAS akan diberikan mengikut kadar yang ditetapkan bagi setiap kelayakan seperti berikut :

  1. ISI RUMAH :
    • Berpasangan (ada atau tiada anak) : RM800.
    • Ibu/bapa tunggal (ada anak) : RM800.
  2. WARGA EMAS :
    • Berpasangan : RM800.
    • Bujang/balu/ibu/bapa tunggal : RM400.
  3. BUJANG :
    • Belum berkahwin : RM250.
    • Balu/duda/janda tiada anak : RM250.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SKAS 2025

Penyaluran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bukanlah secara tunai atau pengkreditan melalui akaun bank penerima, namun ianya akan disalurkan ke dalam akaun aplikasi S Pay Global yang dapat memudahkan penerima menerima dan menggunakan bantuan secara tanpa tunai (cashless).

Penerima boleh menggunakan aplikasi S Pay Global untuk pembayaran barangan keperluan makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan sebagainya di mana-mana kedai atau pasaraya terpilih seluruh negeri Sarawak.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.