SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH : (BAYARAN JANUARI 2025) CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 / RM50 SEBULAN)
Berdasarkan rekod yang terkini, seramai lebih 700,000 ribu individu merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang telah disahkan layak dan akan menerima Bantuan Asas Rahmah pada suku pertama tahun ini, iaitu bermula pada 15 Januari 2025 ini.
Bagaimanakah semakan bantuan asas rahmah bayaran Januari 2025? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

TARIKH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH
Penerima yang telah disahkan, akan menerima bayaran Bantuan Asas Rahmah bermula pada tarikh :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
BANTUAN ASAS RAHMAH | 15 JANUARI 2025, RABU |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH
Bagi memudahkan kerajaan untuk penyalurkan bantuan dan juga memudahkan penerima untuk menerima bantuan, kaedah pembayaran Bantuan Asas Rahmah adalah sama seperti tahun sebelum ini, iaitu akan dikreditkan melalui kad pengenalan (MyKad) penerima.
Setelah Bantuan Asas Rahmah dikreditkan ke dalam kad pengenalan (MyKad), penerima boleh terus menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH
Pada 15 Januari 2025 (Rabu) ini, Kerajaan akan membayar Bantuan Asas Rahmah kepada 700,000 ribu penerima yang telah disahkan layak dengan jumlah sebanyak :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 ketua isi rumah |
WARGA EMAS | RM100 setiap individu |
BUJANG | RM50 setiap individu |
SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH
Ikuti panduan semakan kelayakan Bantuan Asas Rahmah seperti berikut :
- Sila layari laman semakan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Bantuan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
SENARAI KEGUNAAN BANTUAN ASAS RAHMAH
Penerima yang layak boleh memilih untuk membuat pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan.
- Ubat-ubatan.
- Barangan persekolahan.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.