SEMAK BANTUAN DALAM MYKAD 2025 : CEK SENARAI NAMA PENERIMA (RM900 & RM1200 & RM600)

SEMAK BANTUAN DALAM MYKAD 2025 : CEK SENARAI NAMA PENERIMA (RM900 & RM1200 & RM600)

Kerajaan menyediakan satu lagi bantuan iaitu bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang disalurkan secara bulanan ke dalam MyKad penerima. Bantuan ini bertujuan membantu memenuhi keperluan asas penerima, sekaligus memastikan golongan yang memerlukan mendapat sokongan berterusan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Bagaimanakah cara semak penerima bantuan dalam mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.

APA ITU BANTUAN DALAM MYKAD

Bantuan melalui MyKad ialah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah Program MyKasih, di mana wang bantuan disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih. Penerima akan menggunakan MyKad sebagai alat pembayaran bagi pembelian barangan tersebut.

Untuk melayakkan individu menerima bantuan ini, individu mestilah merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan juga pendaftar eKasih. Ini kerana bantuan ini merupakan lanjutan serta tambahan kepada penerima bantuan STR.

CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH 2025

Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas (berlabel MyKasih), dan diluluskan untuk pembelian barangan menggunakan MyKad:

  • Beras / Telur / Minyak masak
  • Roti / Tepung / Biskut
  • Minuman
  • Makanan dalam tin / Mi segera / Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan dalam MyKad:

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; ATAU
  • Berstatus Kategori Miskin dan Miskin Tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

PANDUAN LENGKAP SEMAK PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Kategori Penerima Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Kemudian tekan [Semak Status] pada bahagian ‘Sumbangan Asas Rahmah’.
  4. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  5. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  6. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  7. Klik [Semak Status].
  8. Maklumat Status Penerima akan dipapar.
  9. Selesai.

Kategori Lulus dan Penerima STR 2025 (BUKAN eKasih):

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan/Penerima
    • Maklumat Pembayaran
  7. Selesai.

SEMAK TEMPOH PENGAGIHAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PENGAGIHAN
& TARIKH BAYARAN
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasihSelama 12 Bulan
(Bermula Januari 2025)
Penerima Bantuan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
(BUKAN eKasih)
Selama 9 Bulan
(Bermula April 2025)

KADAR BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Jumlah bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad penerima pada tahun 2025 adalah seperti berikut:

  • Kategori Penerima Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih:
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 1200
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(RM100 sebulan)
BujangRM 600
(RM50 sebulan)
  • Kategori Penerima Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih:
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 900
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 450
(RM50 sebulan)
BujangTiada
( – )

CARA PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf