SARA 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50)
Kesan reformasi kewangan dan hasil kerja keras kerajaan memungkinan peningkatan kadar peruntukan bantuan pada tahun 2025 untuk dikongsikan kepada rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan rendah dan juga berpendapatan sederhana selaras nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras dalam Ekonomi MADANI.
Bagaimanakah semakan status penerima sara 2025? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

APA ITU SARA 2025
SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disalurkan setiap bulan bagi menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas seperti bahan makanan, kelengkapan kebersihan, ubat-ubatan, peralatan persekolahan anak dan sebagainya.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA SARA 2025
Penerima Bantuan SARA bagi tahun 2025 terbahagi kepada dua (2) kriteria kelayakan yang ditetapkan, iaitu :
- SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Asas Bukan Miskin STR :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JADUAL BAYARAN SARA 2025
Pembayaran Bantuan SARA adalah dijadualkan seperti berikut :
SARA (MISKIN TEGAR & MISKIN EKASIH) | SARA (ASAS BUKAN MISKIN STR) |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 205 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
*Penerima asas bukan miskin STR akan mula penerima Bantuan SARA bermula pada bulan April dan pihak kami akan kemaskini kembali tarikh bayaran sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh kerajaan.
JUMLAH BAYARAN SARA 2025
Jumlah pembayaran Bantuan SARA adalah tertakluk kepada kelayakan setiap kategori penerima seperti berikut :
- Penerima SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SARA JANUARI – MAC | JUMLAH BAYARAN SARA APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100 setiap bulan | RM200 setiap bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100 setiap bulan | RM150 setiap bulan |
Bujang | RM50 setiap bulan | RM50 setiap bulan |
- Penerima SARA Asas Bukan Miskin STR :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SARA APRIL – DISEMBER |
---|---|
Isi Rumah | RM100 setiap bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 setiap bulan |
SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA 2025
Ikuti panduan semakan status penerima SARA di pautan portal rasmi STR seperti berikut :
- Sila layari pautan portal rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Status Bantuan SARA akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
Atau ikuti panduan semakan status di pautan portal rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod’.
- Selesai
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/..