PSKR : 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH (RM900)
Terkini! Pihak Kerajaan Negeri Sabah telah mula melaksanakan pembayaran pertama (1) PSKR yang diperuntukan sebanyak RM358.5 juta untuk disalurkan sebanyak RM300 setiap bulan kepada rakyat yang bermastautin di Negeri Sabah supaya dapat meningkatkan taraf hidup dalam peningkatan kos sara hidup kini.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bayaran PSKR? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

APA ITU PSKR
PSKR adalah singkatan daripada Program Sentuhan Kasih Rakyat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah khas untuk disalurkan kepada rakyat Sabah yang merupakan golongan miskin dan miskin tegar bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan yang dihadapi akibat peningkatan kos sara hidup.
TARIKH PENERIMAAN BAYARAN PSKR
Seramai 100,000 ribu rakyat Sabah yang melepasi status kelayakan telah mula menerima bayaran pertama (1) Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) yang bermula pada 17 Februari 2025, Isnin dengan kadar bantuan sebanyak RM900 yang dibayar untuk selama 3 bulan terus dan seterusnya sebanyak RM300 setiap bulan.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN PSKR 2025
Pembayaran Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) adalah khas untuk penerima yang memenuhi syarat kelayakan berikut :
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah berstatus ‘H’.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
- E-Kasih : Tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih sebagai penerima miskin dan miskin tegar.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN PSKR 2025
Oleh kerana pemberian Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) khas untuk golongan miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih, semakan boleh dilakukan melalui pautan berikut :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
MANFAAT PELAKSANAAN PSKR 2025
Antara manfaat yang diperoleh daripada pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) adalah :
- Meringankan Beban Kewangan
- Dengan bantuan RM300 sebulan, penerima dapat menggunakannya untuk keperluan asas seperti makanan dan perbelanjaan harian.
- Meningkatkan Taraf Hidup
- Bantuan ini dapat membantu keluarga miskin memenuhi keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak-anak mereka.
- Memberi Harapan Kepada Golongan Miskin
- Bantuan kewangan ini bukan sahaja menyokong dari segi kewangan tetapi juga memberikan harapan kepada golongan miskin untuk membina kehidupan yang lebih baik.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan PSKR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.