LOGIN STR 2025 FASA 1 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM500 & RM300 & RM150)

LOGIN STR 2025 FASA 1 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM500 & RM300 & RM150)

Untuk makluman anda, Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini dibuka untuk semakan status kemasukan bayaran fasa 1. Individu yang berstatus lulus akan layak menerima jumlah bantuan sebanyak RM150 hingga RM500 mengikut syarat kelayakan individu.

Bagaimanakah login portal str 2025? Ikuti info lanjut disini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

PORTAL BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Semakan status bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan di Portal Rasmi MySTR seperti berikut:

LOGIN DAN SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR 2025

Status Bantuan STR Fasa 1 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR Fasa 1] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.

LUPA KATA LALUAN PORTAL MYSTR

Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MYSTR di pautan:
  2. https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  3. Masukkan No. MyKad seperti biasa
  4. Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
  5. Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak]
  6. Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR
  7. Klik butang [Seterusnya]
  8. Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
  9. Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya]
  10. Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
  11. Klik butang [Seterusnya]
  12. Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan
  13. Klik butang [Tukar Kata Laluan]
  14. Pemohon akan menerima notifikasi Penukaran ID telah berjaya
  15. Selesai.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN STR 2025

Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:

FASA BAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 1
Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat bermula pada 22 Januari 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 2, 3 dan 4.
Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

*Nota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025

JUMLAH BANTUAN STR 2025 FASA 1

Pembayaran STR Fasa 1 akan disalurkan mengikut kategori kelayakan masing-masing seperti dibawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN STR FASA 1 (RM)
Isi rumah
berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak: RM 500
1 hingga 2 Anak: RM 500
3 hingga 4 Anak: RM 500
5 Anak keatas: RM 500
Isi rumah
berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak: RM 150
1 hingga 2 Anak: RM 150
3 hingga 4 Anak: RM 250
5 Anak keatas: RM 300
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan
RM 5000 dan kebawah
RM 150
Bujang
berpendapatan
RM 2500 dan kebawah
RM 150

PENGKREDITAN BANTUAN STR 2025

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
BANTUAN STR
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 1
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.22 – 28 Januari 2025
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.Mulai 22 Januari 2025

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf