JJADUAL BAYARAN SARA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN (RM200 & RM100 & RM50)
Penjadualan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan yang mana ianya dibayar kepada penerima secara ansur setiap bulan selama tempoh 9 dan 12 bulan sepanjang tahun 2025 ini.
Bilakah jadual bayaran sara dan cara semakan status kelayakan? Ketahui penjelasan lebih lanjut di bawah.

JADUAL BAYARAN SARA 2025
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah dijadualkan seperti berikut :
PENERIMA SEDIA ADA (MISKIN DAN MISKIN TEGAR) | PENERIMA BAHARU (ASAS BUKAN MISKIN) |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SARA 2025
Pembayaran Bantuan SARA adalah khas untuk yang berkelayakan seperti berikut :
- SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Asas Bukan Miskin :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BAYARAN SARA 2025
Setiap penerima akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :
- PENERIMA SEDIA ADA (MISKIN DAN MISKIN TEGAR) :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SARA SETIAP BULAN | JUMLAH BAYARAN SARA SETAHUN |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 / RM200 | RM2,100 |
WARGA EMAS | RM100 / RM150 | RM1,650 |
BUJANG | RM50 | RM600 |
- PENERIMA BAHARU (ASAS BUKAN MISKIN) :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SARA SETIAP BULAN | JUMLAH BAYARAN SARA SETAHUN |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 | RM900 |
WARGA EMAS | RM50 | RM450 |
KAEDAH BAYARAN SARA 2025
Bagi memudahkan penerima untuk menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Kerajaan telah menyelaraskan kaedah pembayaran kepada semua penerima termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu akan dikreditkan secara tanpa tunai melalui MyKad.
MyKad penerima Bantuan SARA perlu digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan di mana-mana kedai atau pasaraya berhampiran seluruh Malaysia.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BAYARAN SARA 2025
Untuk mengetahui status anda layak atau tidak menerima bayaran SARA, ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.