CHECK STATUS KELAYAKAN SKAS : CEK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN (RM800 & RM400 & RM250)

CHECK STATUS KELAYAKAN SKAS : CEK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN (RM800 & RM400 & RM250)

Peruntukan untuk Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan melibatkan sebanyak RM450 juta untuk disalurkan kepada 850,000 ribu penerima yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Bagaimanakah check status kelayakan bantuan skas? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

APA ITU SKAS

SKAS atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak adalah merupakan bantuan pertama diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak bagi membantu warga Sarawak yang berpendapatan rendah dan sederhan memenuhi keperluan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan keperluan asas yang lain.

KRITERIA MELEPASI STATUS KELAYAKAN SKAS

Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak :

  1. Kriteria Umum :
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  2. Kategori Penerima :
    • Isi Rumah :
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    • Bujang :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
    • Warga Emas :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.

KADAR BAYARAN MENGIKUT STATUS KELAYAKAN SKAS

Kerajaan Negeri Sarawak akan membayar Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) mengikut status kelayakan penerima seperti berikut :

  • Isi Rumah akan menerima Bantuan SKAS sebanyak RM800;
  • Bujang akan menerima Bantuan SKAS sebanyak RM250; dan
  • Warga Emas tiada pasangan akan menerima Bantuan SKAS sebanyak RM400.

CHECK STATUS KELAYAKAN SKAS

Ikuti panduan check status kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  3. Kemudian, sila layarkan skrin ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  4. Tekan butang [Check Eligibility].
  5. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  6. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  7. Klik butang [NEXT].
  8. Kemudian, klik [My Individual Account].
  9. Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  10. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  11. Klik butang [Search].
  12. Paparan Notifikasi Nama anda ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SKAS

Pihak Kerajaan Negeri Sarawak telah menegaskan bahawa Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) tidak akan dibayar secara tunai kerana ianya akan dibayar secara tanpa tunai melalui aplikasi S Pay Global bagi memudahkan penerima untuk membuat pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) sahaja.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.om.my/food-aid-programme/sara/.