CHECK BAYARAN BANTUAN SABAH 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM900)
Dalam usaha membantu Rakyat Sabah yang kurang berkemampuan seperti golongan Miskin dan Miskin eKasih, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan bantuan bulanan sebagai tanda keprihatinan terhadap rakyatnya serta untuk membantu meringankan beban kos sara hidup mereka.
Bagaimanakah check status penerima bayaran bantuan sabah 2025? Ikuti info lanjut disini.

APAKAH ITU BANTUAN SABAH 2025
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah merupakan inisiatif bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi meringankan beban kewangan Rakyat Sabah yang memerlukan bantuan terutamanya mereka daripada golongan B40 (Miskin dan Miskin Tegar eKasih) dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Bantuan ini diberikan setiap bulan kepada Isi Rumah yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu Ketua Keluarga Isi Rumah dan Ahli Keluarga yang berusia 18 tahun keatas.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SABAH 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Anak Kelahiran Negeri Sabah dan Menetap di Negeri Sabah;
- Ketua Isi Rumah dan Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas; DAN
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih : – Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih.
CHECK STATUS LULUS ATAU TIDAK BAYARAN BANTUAN SABAH
Individu yang menepati Syarat Kelayakan Bantuan dan BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih layak menerima bantuan secara automatik. Status Kelayakan Penerima Bantuan Sabah boleh disemak seperti kaedah berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Halaman utama Semakan eKasih dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) dan Masukkan [Kod Kaptcha] yang diberikan.
- Kemudian Tekan [Klik Untuk Carian].
- Seterusnya, maklumat status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
- Selesai.
TARIKH PENGKREDITAN BAYARAN BANTUAN SABAH
Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah | Bantuan ini telah mula dilaksanakan pada 17 Februari 2025 (Isnin). Seramai 100,000 penerima yang layak untuk menerima bantuan ini bagi Fasa Pertama. |
JUMLAH BANTUAN SABAH 2025
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Ketua Keluarga Isi Rumah DAN Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar eKasih. | Pembayaran Bagi Fasa Pertama disalurkan sekaligus untuk tempoh 3 bulan iaitu sebanyak RM900. Pada Bulan seterusnya, bayaran akan diberikan secara bulanan sebanyak RM300 Sebulan. |
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/