CEK SARA 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN (RM100 & RM200 & RM50)
SARA merupakan pendekatan bantuan bersasar di mana sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu rakyat yang benar-benar memerlukan untuk sepanjang tahun 2025 ini.
Bagaimanakah cek sara status penerima bantuan rm100, rm200 dan rm50? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

CARA SARA 2025 DISALURKAN
Bagi memudahkan kesemua penerima seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Bantuan SARA akan disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam akaun kad pengenalan (MyKad) setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas.
KEGUNAAN SARA 2025
Penerima Bantuan SARA boleh membeli barangan keperluan asas seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan.
- Ubat-ubatan.
- Barangan persekolahan.
*Produk yang terpilih boleh dilihat di kedai atau pasaraya berhampiran yang mempunyai label ‘MyKasih / SARA’ pada rak tanda harga.
TARIKH SARA 2025 DISALURKAN
Bantuan SARA akan disalurkan sepanjang tahun 2025 mengikut tarikh seperti berikut :
PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BAHARU |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
JUMLAH SARA 2025 DISALURKAN
Berikut merupakan jumlah penyaluran Bantuan SARA bagi tahun 2025 :
- Penerima Sedia Ada :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
Januari – Mac : RM100 sebulan April – Disember : RM200 sebulan | Januari – Mac : RM100 sebulan Aprl -Disember : RM150 sebulan | Januari – Disember : RM50 sebulan |
= RM2,100 setahun | = RM1,650 setahun | = RM600 setahun |
- Penerima Baharu :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
April – Disember : RM100 sebulan | April – Disember : RM50 sebulan | Tiada Peruntukan |
= RM900 setahun | = RM450 setahun | Tiada Peruntukan |
CEK SARA 2025
Ikuti panduan cek status penerima SARA 2025 seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, anda klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
- Halaman utaman Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.ykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.ramme/sara