CEK EKASIH ONLINE 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

CEK EKASIH ONLINE 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

Pelbagai inisiatif program pembasmian kemiskinan untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa terutamanya yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih, termasuklah bantuan yang dikreditkan setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025 ini.

Bagaimanakah cek ekasih secara online? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

APA ITU EKASIH 2025

eKasih bukanlah program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar yang layak menerima pelbagai bantuan oleh kerajaan dan agensi.

Bantuan yang dikreditkan setiap bulan adalah di bawah program MyKasih (SARA) yang diberi keutamaan kepada rakyat Malaysia yang merupakan isi rumah miskin tersenarai dalam pangkalan data eKasih.

SYARAT PENERIMA EKASIH 2025

Berikut merupakan syarat kelayakan eKasih :

  • Ketua Isi Rumah Warganegara Malaysia; dan
  • Pendapatan isi rumah di bawah PGK Garis Kemiskinan Semasa.

Antara syarat kelayakan penerima Bantuan MyKasih setiap bulan pula adalah :

  • Penerima eKasih (Miskin Tegar dan Miskin eKasih) :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Penerima Bukan eKasih (Asas Bukan Miskin) :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

CEK STATUS KELAYAKAN EKASIH ONLINE 2025

Berikut merupakan panduan cara cek status eKasih secara online melalui pautan portal rasmi e-Kasih :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

CEK STATUS PENERIMA BAYARAN MYKASIH ONLINE 2025

Untuk mengetahui status layak atau tidak menerima Bantuan RM200, RM100 dan RM50 setiap bulan, ikuti panduan cek status di pautan portal rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CEK JUMLAH BANTUAN EKASIH 2025

Jumlah Bantuan MyKasih akan diberikan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  • Penerima eKasih :
    • Isi Rumah : RM100 & RM200 sebulan sehingga RM2,100 setahun.
    • Warga Emas : RM100 & RM150 sebulan sehingga RM1,650 setahun.
    • Bujang : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
  • Penerima Bukan eKasih :
    • Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM900 setahun.
    • Warga Emas : RM50 sebulan sehingga RM450 setahun.

TARIKH BAYARAN EKASIH 2025

Pembayaran Bantuan MyKasih adalah dijadualkan pada tarikh berikut :

PENERIMA EKASIHPENERIMA BUKAN
EKASIH
15 Januari 2025
Februari 2025
Mac 2025
April 2025April 2025
Mei 2025Mei 2025
Jun 2025Jun 2025
Julai 2025Julai 2025
Ogos 2025Ogos 2025
September 2025September 2025
Oktober 2025Oktober 2025
November 2025November 2025
Disember 2025Disember 2025

*Nota : Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Pihak kami akan kemaskini kembali tarikh bayaran apabila kerajaan mengumumkannya secara rasmi nanti.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.