BANTUAN TUNAI STR 2025 FASA 1 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Sebanyak 30 peratus (%) peruntukan Bantuan Tunai STR telah dinaikkan daripada hanya RM10 billion kepada RM13 billion bagi membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan kewangan untuk sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah semakan status Bantuan Tunai STR Fasa 1? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

APA ITU BANTUAN TUNAI STR
Bantuan Tunai STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang merupakan lanjutan daripada program-program bantuan tunai oleh kerajaan untuk membantu rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dengan menyalurkan wang tunai secara berfasa.
Kerajaan Perpaduan MADANI di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan bagi Bantuan Tunai STR tahun 2025 akan dinaikkan sehingga RM13 billion merupakan jumlah yang tertinggi demi membantu lebih ramai rakyat.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI STR 2025
- Syarat Utama :
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia;
- Kriteria Penerima :
- Isi Rumah :
- Tiada had umur;
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu/bapa tunggal (ada anak);
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau tidak melebihi RM5,000 sebulan (M40).
- Warga Emas :
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Tiada pasangan / bujang / balu / duda / janda (tiada anak);
- Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Had umur 21 hingga 59 tahun;
- Belum berkahwin; atau
- Balu / Duda / Janda (tiada anak);
- Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
- Isi Rumah :
KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2025 FASA 1
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2025 | KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2025 FASA 1 |
---|---|---|
ISI RUMAH B40 | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | 0 anak : RM250 1-2 anak : RM350 3-4 anak : RM500 5 ke atas : RM650 |
ISI RUMAH M40 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | 0 anak : RM150 1-2 anak : RM200 3-4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
WARGA EMAS | RM600 | RM150 |
BUJANG | RM600 | RM150 |
*Nota : Kadar bayaran Bantuan Tunai STR Fasa 1 di atas hanyalah anggaran sahaja dan pihak kami akan kemaskini kembali sebaik sahaja kadar bayaran sebenar diumumkan oleh Kerajaan.
CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2025
Untuk memudahkan penerima menerima bayaran Bantuan Tunai STR bagi tahun 2025, cara bayaran adalah sama seperti tahun sebelum ini, iaitu :
- Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
- Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
- Status ‘Gagal Kredit’ :
- Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2025 FASA 1
Pihak Kerajaan / Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengeluarkan kenyataan tarikh bayaran Bantuan Tunai STR bagi fasa 1 2025. Namun, pihak kami akan sentiasa mengemaskini maklumat tarikh pembayaran Bantuan Tunai STR sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan nanti.
SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR 2025 FASA 1
Ikuti panduan semakan status Bantuan Tunai STR di pautan Portal Rasmi seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR LHDNM 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LA