BANTUAN TUNAI HASIL 2025 : (FASA 1 STR) CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Hasil daripada penyasaran semula subsidi membolehkan kerajaan untuk menambahbaik dan meningkatkan pemberian bantuan tunai khusus melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah atau sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Bagaimanakah ketahui status bantuan tunai hasil layak atau tidak? Ikuti panduan cek status di bawah.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TUNAI HASIL
Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Tunai Hasil melalui dua (2) kaedah, iaitu :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Penerima Status ‘Gagal Kredit’ :
- Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI HASIL
Bantuan Tunai Hasil (STR) adalah khas untuk Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut sahaja :
- ISI RUMAH :
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu/bapa tunggal (ada anak);
- Tiada had umur;
- Bekerja di Malaysia dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- BUJANG :
- Belum berkahwin / balu / janda / duda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun;
- OKU berumur 19 tahun dan ke atas;
- Bekerja di Malaysia dengan pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- WARGA EMAS :
- Bujang / ibu bapa tunggal (tiada tanggungan);
- Had umur 60 tahun dan ke atas;
- Bekerja di Malaysia dengan pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
*Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas, anda boleh membuat semakan di pautan Portal Rasmi.
CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN TUNAI HASIL 2025
Untuk mengetahui status kelayakan Bantuan Tunai Hasil layak atau tidak, ikuti cara cek status pada pautan di bawah :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
PORTAL RASMI BANTUAN TUNAI HASIL | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila layari pautan Portal Rasmi di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status ‘Bayaran Bantuan Tunai’ akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR KELAYAKAN BANTUAN TUNAI HASIL
Setiap kelayakan akan menerima kadar Bantuan Tunai Hasil seperti yang ditetapkan seperti berikut :
- Kelayakan Isi Rumah :
- Penyaluran Bantuan Tunai Hasil kepada golongan isi rumah adalah bergantung kepada bilangan anak dan kelayakan isi rumah, iaitu B40 dan M40 :
ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
---|---|
Tiada Anak : RM1,000 | Tiada Anak : RM500 |
1 – 2 Anak : RM1,500 | 1 – 2 Anak : RM750 |
3 – 4 Anak : RM2,000 | 3 – 4 Anak : RM1,000 |
5 ke atas : RM2,500 | 5 ke atas : RM1,250 |
- Kelayakan Bujang :
- Penyaluran Bantuan Tunai Hasil kepada golongan bujang adalah mengikut kelayakan, iaitu Belia dan Warga Emas :
BUJANG BELIA (21 HINGGA 59 TAHUN) | BUJANG WARGA EMAS (60 TAHUN KE ATAS) |
---|---|
RM600 | RM600 |
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.: https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.