BANTUAN SARA MYKASIH 2025 TARIKH MASUK (FASA JANUARI) : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM1200)
Salah satu usaha Kerajaan untuk membantu rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa adalah dengan menyediakan bantuan kewangan tambahan seperti SARA MyKasih bagi membantu mengurangi kos sara hidup yang dihadapi dan memenuhi keperluan asas mereka.
Bilakah tarikh masuk bantuan sara mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

APA ITU BANTUAN SARA MYKASIH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah satu program bantuan dibawah MyKasih Foundation dengan kerjasama Kerajaan bagi memenuhi keperluan asas penerima.
Bantuan ini akan diberikan sebagai bantuan tambahan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimana bantuan ini akan diberikan kepada penerima STR.
Melalui program ini, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di pasar/kedai yang berdaftar SARA MyKasih.
KEGUNAAN DUIT BANTUAN SARA MYKASIH
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan, dan berlabel Sumbangan Asas Rahmah MyKasih seperti Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA MYKASIH
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar.
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar.
- Selesai.
JADUAL TARIKH MASUK BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Berstatus/Berdaftar Miskin dan Miskin eKasih | Bermula Januari 2025 (Bantuan diagihkan Selama 12 Bulan) |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN eKasih) | Bermula April 2025 (Bantuan diagihkan Selama 9 Bulan) |
KADAR MASUK BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Jumlah bayaran SARA 2025 yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima (BERDAFTAR eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Bujang | RM 600 (RM50 sebulan) |
- Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 900 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 450 (RM50 sebulan) |
Bujang | – |
PEMBAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Penyaluran bantuan bagi Semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut:
NEGERI | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan melalui pengkreditan ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan. |
PANDUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS SARA MYKASIH
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf