BANTUAN SARA MYKASIH 2025 BILA MASUK (FASA JANUARI) : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)

BANTUAN SARA MYKASIH 2025 BILA MASUK (FASA JANUARI) : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)

Demi membantu rakyat yang kurang kemampuan dan memerlukan, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan lagi penyaluran Bantuan SARA di bawah program MyKasih bagi sepanjang tahun 2025 dengan penambahbaikan penyaluran dan pertambahan bilangan penerima.

Bagaimanakah cek bantuan sara mykasih bila masuk dan cara cek status layak atau tidak? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

APA ITU BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Bantuan SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah bantuan di bawah program MyKasih yang disalurkan kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi memenuhi keperluan asas dan menampung kos pembelian sepanjang tahun.

BANTUAN SARA MYKASIH 2025 BILA MASUK

Tentunya ramai yang tertanya-tanya bila bayaran Bantuan SARA MyKasih akan dimasukkan kepada penerima yang layak. Bagaimanapun bayaran Bantuan SARA MyKasih akan dimasukkan secara berperingkat mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
BANTUAN SARA MYKASIH
MASUK
Berstatus Miskin dan Miskin Tegar** Januari 2025
Berstatus Asas Bukan Miskin** April 2025

*Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).

CARA BANTUAN SARA MYKASIH 2025 DIMASUKKAN

Seperti tahun 2024, cara Bantuan SARA MyKasih dimasukkan kepada penerima adalah tidak sama kerana ianya bergantung kepada negeri-negeri penerima seperti berikut :

NEGERI PENERIMACARA BAYARAN
BANTUAN SARA MYKASIH
MASUK
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya,
Melaka, Negeri Sembilan, Johor,
Terengganu, Pahang, Kelantan,
Perak, Kedah, Pulau Pinang,
Perlis.
Dimasukkan secara ansur setiap bulan
tanpa tunai melalui akaun MyKad untuk
pembelian barangan keperluan asas di
mana-mana kedai atau pasaraya terpilih
seluruh Malaysia.
Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.Dimasukkan secara ansur dua kali setahun
melalui pengkreditan tunai ke dalam akaun
bank penerima atau secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi
penerima yang tiada akaun bank.

JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2025 MASUK

Jumlah Bantuan SARA MyKasih yang akan dimasukkan juga adalah berbeza kerana ianya bergantung kepada kategori penerima mengikut kelayakan seperti berikut :

  • PENERIMA SEMENANJUNG MALAYSIA :
KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BANTUAN SARA MYKASIH
MASUK
Miskin dan Miskin TegarIsi Rumah : RM1,200 (RM100 sebulan)
Warga Emas : RM1,200 (RM100 sebulan)
Bujang : RM600 (RM50 sebulan)
Asas Bukan MiskinIsi Rumah : RM900 (RM100 sebulan)
Warga Emas : RM450 (RM50 sebulan)
Bujang : –
  • PENERIMA SABAH, SARAWAK & W.P LABUAN :
KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BANTUAN SARA MYKASIH
MASUK
Miskin dan Miskin TegarIsi Rumah : RM1,200 (RM600 sekali)
Warga Emas : RM1,200 (RM600 sekali)
Bujang : RM600 (RM300 sekali)
Asas Bukan MiskinAkan diumumkan dalam masa terdekat

CEK STATUS BANTUAN SARA MYKASIH 2025 LAYAK ATAU TIDAK

Untuk mengetahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan Sara, semakan boleh dilakukan melalui dua (2) pautan berbeza seperti :

  • Cek Status Di Pautan Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Cek Status Di Pautan Portal Rasmi MySTR.
  • PANDUAN CEK STATUS BANTUAN SARA DI OAUTAN PORTAL RASMI MYKASIH :
  1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima bulan Januari akan dipaparkan.
  7. Selesai.
  • PANDUAN CEK STATUS BANTUAN SARA DI PAUTAN PORTAL RASMI MYSTR :
  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor kad pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Bantuan SARA akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.