BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)

BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)

Sebahagian harga barangan dapur adalah sukar dikawal bagi sepanjang tahun. Oleh itu, bagi membantu menampung kos pembelian barangan dapur rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Pembelian Barang Dapur untuk sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah semak status bantuan pembelian barang dapur? Ikuti panduan lengkap di bawah.

KADAR BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR 2025

Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Pembelian Barang Dapur mengikut kadar yang ditetapkan bagi setiap kelayakan seperti berikut :

  • KELAYAKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
PEMBELIAN BARANG DAPUR
2025
ISI RUMAHRM1,200
WARGA EMASRM1,200
BUJANGRM600
  • KELAYAKAN ASAS BUKAN MISKIN :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
PEMBELIAN BARANG DAPUR
2025
ISI RUMAHRM900
WARGA EMASRM450
BUJANG

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR 2025

Ketahui status kelayakan anda menerima Bantuan Pembelian Barang Dapur melalui semakan di pautan rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status ‘Bayaran Bantuan Tambahan’ (SARA) ‘LAYAK’ atau ‘TIDAK’ akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SENARAI BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR 2025

Penerima hanya dibenarkan untuk memilih barangan dapur seperti senarai di bawah sahaja untuk pembelian dengan bantuan :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

LANGKAH PENGGUNAAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR

Sekiranya anda telah disahkan layak, anda boleh membeli barangan dapur dengan bantuan mengikut langkah-langkah seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya terpilih berhampiran anda.
  2. Pilih barangan dapur yang ingin dibeli mengikut senarai di atas.
  3. Di kaunter, tunjukkan kad pengenalan anda pada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang dipilih mengikut senarai yang ditetapkan.
  5. Masukkan 6-digit nombor PIN kad pengenalan anda.
  6. Pengesahan bayaran dengan menggunakan bantuan akan disahkan oleh juruwang.
  7. Resit bayaran akan diberikan.

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.