BANTUAN MYSTR 2025 (FASA 1) : CEK STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Hasil daripada penyasaran semula subsidi daripada kerajaan dapat disalurkan kepada rakyat yang kurang kemampuan dan memerlukan melalui Bantuan MySTR atau dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah bagi sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah untuk mengetahui status layak atau tidak menerima bantuan mystr fasa 1? Ikuti panduan semakan status di bawah.

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN MYSTR 2025
Peruntukan untuk penyaluran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) pada tahun 2025 adalah merupakan kadar yang tertinggi iaitu sebanyak 13 billion ringgit (RM) berbanding tahun 2024 yang hanya diperuntukan sebanyak 10 billion ringgit (RM) sahaja.
RM13 billion tersebut akan disalurkan kepada 9 juta rakyat Malaysia iaitu 60 peratus (%) rakyat dewasa di Malaysia merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40).
AMAUN BAYARAN BANTUAN MYSTR 2025
Daripada RM13 billion tersebut, akan dibayar kepada penerima mengikut amaun yang ditetapkan bagi setiap kategori kelayakan seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH BERPASANGAN / TUNGGAL :
KELAYAKAN ISI RUMAH | AMAUN BANTUAN MYSTR | TAMBAHAN |
---|---|---|
Isi Rumah Pendapatan Rendah (B40) | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | Berdaftar e-Kasih : RM1,200 Tidak Daftar e-Kasih : RM900 |
Isi Rumah Pendapatan Sederhana (M40) | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | RM900 |
- KATEGORI BUJANG / BALU / JANDA / DUDA TIADA ANAK :
KELAYAKAN BUJANG | AMAUN BANTUAN MYSTR | TAMBAHAN |
---|---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM600 | Berdaftar e-Kasih : RM600 |
Bujang Umur 60 tahun dan ke atas | RM600 | Berdaftar e-Kasih : RM1,200 Tidak Daftar e-Kasih : RM450 |
*Setiap penerima Bantuan MySTR pada tahun 2025 akan menerima Bantuan Tambahan.
CARA BAYARAN BANTUAN MYSTR
Pembayaran Bantuan MySTR kepada penerima adalah melalui cara-cara seperti berikut :
PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
---|---|
Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan | Diberikan secara tunai di kaunter mana- mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN MYSTR FASA 1
Ketahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan MySTR fasa satu (1) melalui semakan status pada pautan laman rasmi MySTR seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Laman Rasmi MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan Laman Rasmi MySTR di atas.
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MySTR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf./mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.