BANTUAN MYKAD MADANI RM100 SETIAP BULAN 2025 : SEMAK NAMA LAYAK ATAU TIDAK
Penyaluran Bantuan MyKad Madani pada tahun 2023 dan 2024 telah membuktikan bahawa ianya merupakan salah satu cara agihan bantuan yang cekap, telus dan selamat tanpa sebarang ketirisan. Oleh itu, Kerajaan Madani akan meneruskannya pada tahun 2025 kepada lebih ramai penerima.
Bagaimanakah semak bantuan mykad madani rm100 setiap bulan layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BANTUAN MYKAD MADANI RM100 SETIAP BULAN 2025
Kerajaan Madani telah memperkenalkan Bantuan Dalam MyKad di bawah Program MyKasih yang disasarkan kepada rakyat yang merupakan goloangan rentan (miskin dan miskin tegar) kemudian diperluaskan juga kepada yang berpendapatan sederhana.
Yang mana ianya disalurkan ke dalam MyKad penerima boleh digunakan untuk membuat pembelian barangan keperluan secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu membuat pengeluaran tunai sekaligus memudahkan penerima menerima dan menggunakan bantuan.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI RM100 SETIAP BULAN
Berikut merupakan syarat dan kriteria kelayakan untuk menerima Bantuan MyKad Madani bernilai RM100 setiap bulan :
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
- Berstatus Isi Rumah Berpasangan atau Isi Rumah Tunggal (ada anak);
- Pendapatan di bawah PGK semasa atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025 kategori isi rumah;
- Berdaftar atau tidak dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.
SEMAK LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Kelayakan anda hanya boleh diketahui melalui semakan di laman rasmi seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bantuan MyKad (SARA) akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
- Selesai.
KEGUNAAN BANTUAN MYKAD MADANI RM100 SETIAP BULAN
Penerima boleh menggunakan Bantuan MyKad Madani untuk membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan seperti :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan.
- Ubat-ubatan.
- Barangan persekolahan.
*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
TEMPOH KREDIT BANTUAN MYKAD MADANI RM100 SETIAP BULAN
Seperti yang sedia maklum, kerajaan akan mengkreditkan bantuan RM100 setiap bulan ke dalam MyKad penerima, namun mengikut tempoh yang ditetapkan sahaja bagi setiap kelayakan berikut :
- Penerima berdaftar dengan e-Kasih :
- Dikreditkan setiap bulan selama tempoh 12 bulan (Januari hingga Disember 2025).
- Penerima tidak berdaftara dengan e-Kasih :
- Dikreditkan setiap bulan selama tempoh 9 bulan (April hingga Disember 2025).
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.