BANTUAN MYKAD MADANI 2025 TARIKH BAYAR : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM50 & RM100 SETIAP BULAN)

BANTUAN MYKAD MADANI 2025 TARIKH BAYAR : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM50 & RM100 SETIAP BULAN)

Kerajaan meneruskan bantuan tanpa tunai melalui MyKad untuk memastikan golongan memerlukan dapat memenuhi keperluan asas harian mereka.

Bilakah tarikh bayar bantuan mykad madani 2025? Ikuti Info lanjut disini.

APA ITU BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Bantuan MyKad ialah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah Program MyKasih, di mana wang bantuan disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih. Penerima akan menggunakan MyKad sebagai alat pembayaran bagi pembelian barangan tersebut.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan dalam MyKad:

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Berstatus Kategori Miskin dan Miskin Tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

TARIKH BAYAR BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Berstatus/Berdaftar
Miskin dan Miskin eKasih
Bermula Januari 2025

(Selama 12 Bulan)
Penerima Bantuan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
(BUKAN eKasih)
Bermula April 2025

(Selama 9 Bulan)

SEMAKAN STATUS LULUS BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status ‘Bayaran Bantuan Tambahan’ (SARA) ‘LAYAK’ atau ‘TIDAK’ akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status ‘Bayaran Bantuan Tambahan’ (SARA) ‘LAYAK’ atau ‘TIDAK’ akan dipaparkan.
  8. Selesai.

JUMLAH BAYAR BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Kadar bayaran SARA 2025 yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima (BERDAFTAR eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 1200
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(RM100 sebulan)
BujangRM 600
(RM50 sebulan)
  • Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 900
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 450
(RM50 sebulan)
Bujang

PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

*Nota: Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf