BANTUAN HASIL LOGIN (FASA 1 2025) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Wang tunai yang diperolehi daripada penyasaran semula subsidi dapat disalurkan kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan pendapatan sederhana melalui Bantuan HASiL atau nama rasminya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bagaimanakah login bantuan hasil untuk semak status layak atau tidak? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

BANTUAN HASIL LOGIN
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Login Rasmi Bantuan HASiL | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PANDUAN SEMAK STATUS BANTUAN HASIL
Ikuti panduan semakan status Bantuan HASiL seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Login Rasmi Bantuan HASiL di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR AMAUN BANTUAN HASIL 2025
Amaun yang disalurkan melalui Bantuan HASiL kepada rakyat bagi tahun 2025 adalah mengikut kadar yang ditetapkan bagi setiap kelayakan seperti berikut :
- Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500 :
- Tiada anak : RM1,000 + RM900 =RM1,900.
- 1-2 anak : RM1,500 + RM900 =RM2,400.
- 3-4 anak : RM2,000 + RM900 =RM2,900.
- 5 ke atas : RM2,500 + RM900 =RM3,400.
- Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM5,000 :
- Tiada anak : RM500 + RM900 =RM1,400.
- 1-2 anak : RM750 + RM900 =RM1,650.
- 3-4 anak : RM1,000 + RM900 =RM1,900.
- 5 ke atas : RM1,250 + RM900 =RM2,150.
- Bujang (Umur 60 tahun ke atas) :
- RM600 + RM450 =RM1,050.
- Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun) :
- RM600.
*Bagaimanapun kadar amaun di atas akan disalurkan secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa.
JADUAL PENYALURAN BANTUAN HASIL
Berikut merupakan jadual penyaluran Bantuan HASiL bagi tahun 2025 :
FASA | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Pertama (1) | Februari 2025 |
Kedua (2) | April 2025 |
Ketiga (3) | Ogos 2025 |
Keempat (4) | November 2025 |
*Tarikh sebenar akan dikemaskini kembali apabila kerajaan mengumumkannya secara rasmi nanti.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.