BANTUAN ETUNAI MADANI 2025 (RM1200 & RM900 & RM600) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Majoriti masyarakat kini mengamalkan pembelian atau apa-apa transaksi secara tanpa tunai atau e-tunai. Oleh itu, kerajaan mengambil pendekatan untuk menyalurkan bantuan wang tunai secara tanpa tunai kepada rakyat Malaysia khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan juga sederhana pada tahun 2025.
Bagaimanakah untuk mengetahui layak atau tidak bantuan etunai madani? Ikuti panduan semak status di bawah.

APA ITU BANTUAN ETUNAI MADANI
Kerajaan Madani telah memperkenalkan bantuan tanpa tunai yang disalurkan melalui kad pintar (MyKad) di bawah program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu meringankan bebanan rakyat sekaligus untuk menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai (cashless) termasuk untuk pembelian barang keperluan asas.
CARA PENGGUNAAN BANTUAN ETUNAI MADANI
Bagi yang berstatus ‘Layak’ boleh menggunakan Bantuan e-Tunai Madani mengikut panduan seperti berikut :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran anda;
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut 13 kategori barangan yang diluluskan;
- Tunjukkan MyKad anda pada juruwang untuk pengesahan kelayakan;
- Juruwang akan mengimbas barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan;
- Seterusnya, anda perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad untuk pengesahan bayaran;
- Bayaran akan ditolak mengikut jumlah yang layak;
- Resit bayaran akan diberikan.
HAD NILAI BANTUAN ETUNAI MADANI BOLEH DIGUNAKAN
Setiap penerima boleh menggunakan Bantuan e-Tunai Madani melalui kad pintar (MyKad) mengikut had nilai yang ditetapkan seperti berikut :
- 0.7 juta penerima sedia ada :
- Ketua Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun.
- Ahli Isi Rumah : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
- 4.7 juta penerima baharu :
- Ketua Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM900 setahun.
- Ahli Isi Rumah : RM50 sebulan sehingga RM450 setahun.
SENARAI KEGUNAAN BANTUAN ETUNAI 2025
Bantuan e-Tunai Madani boleh digunakan untuk pembelian seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan.
- Ubat-ubatan.
- Barangan persekolahan.
SEMAK STATUS BANTUAN ETUNAI MADANI 2025
Ikuti cara semak status Bantuan e-Tunai Madani layak atau tidak seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status ‘Bayaran Bantuan SARA’ akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.