BANTUAN DALAM MYKAD 2025: SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA RM1200, RM900 & RM600 TERKINI

BANTUAN DALAM MYKAD 2025: SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA RM1200, RM900 & RM600 ONLINE

Program Bantuan Tanpa Tunai melalui Kad Pengenalan (MyKAD) akan diteruskan pada tahun 2025, dengan lebih ramai penerima yang layak mendapatkan bantuan antara RM450 hingga RM1,200 setahun.

Ingin tahu bagaimana cara semak senarai nama penerima bantuan MyKAD 2025? Ikuti panduan semakan status penerima dan dapatkan info lengkap mengenai bantuan ini di bawah

PENGENALAN BANTUAN DALAM MYKAD

Kerajaan Madani telah memperkenalkan Bantuan Dalam MyKAD sebagai Sumbangan Asas Rahmah yang dikendali di bawah Program MyKasih sejak Jun 2023 dan diteruskan lagi pada Januari 2024 sehingga Disember 2024 yang diberikan untuk menampung kos sara hidup.

Oleh kerana kesan positif daripada bantuan ini yang memudahkan rakyat untuk menerima bantuan, kerajaan bersetuju untuk meneruskan lagi pada tahun 2025 dengan menyasarkan kepada lebih ramai penerima.

KADAR PENYALURAN BANTUAN DALAM MYKAD

Penyaluran Bantuan melalui MyKAD adalah mengikut kadar yang ditetapkan bagi setiap kategori seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR
BANTUAN MYKAD
Isi Rumah
Miskin dan Miskin Tegar
Berpasangan :
RM1,200 setahun
Ibu/bapa Tunggal :
RM1,200 setahun
Isi Rumah
Asas Bukan Miskin
Berpasangan :
RM900 setahun
Ibu/bapa Tunggal :
RM900 setahun
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGKADAR
BANTUAN MYKAD
Bujang
Miskin dan Miskin Tegar
Umur 21 hingga 59 Tahun :
RM600 setahun
Umur 60 Tahun Ke Atas :
RM1,200 setahun
Bujang
Asas Bukan Miskin
Umur 21 hingga 59 Tahun :
RM0
Umur 60 Tahun Ke Atas :
RM450 setahun

SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Berikut dikongsikan panduan untuk semakan nama penerima yang layak menerima Bantuan MyKad :

  1. Sila layari laman rasmi di sini [SEMAKAN BANTUAN MYKAD].
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Nama Penerima ‘Bayaran Bantuan MyKAD’ (SARA) akan dipaparkan.
  14. Selesai.

BILANGAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025

Berdasarkan rekod setakat ini, bilangan nama penerima yang layak menerima Bantuan Dalam MyKad adalah seramai :

KATEGORI KELAYAKANBILANGAN
NAMA PENERIMA
Miskin dan Miskin Tegar :
Isi Rumah & Bujang
0.7 juta penerima
Asas Bukan Miskin :
Isi Rumah & Bujang
4.7 juta penerima

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.