BANTUAN DALAM MYKAD FASA 2 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM100 & RM50)

BANTUAN DALAM MYKAD FASA 2 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM100 & RM50)

Untuk memudahkan semua rakyat menerima bantuan, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelaraskan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara tanpa tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima termasuk di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanakah check status kelayakan penerima bayaran bantuan dalam mykad fasa 2? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

KEGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan Bantuan Dalam MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas seperti senarai berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD FASA 2 2025

Pengkreditan Bantuan Dalam MyKad untuk fasa yang pertama (1) telah selesai dikreditkan pada 15 Januari 2025 yang lalu. Kini adalah pengkreditan Bantuan Dalam MyKad untuk fasa yang kedua (2) pada bulan Februari 2025 (yang akan dimaklumkan kepada penerima yang layak).

*Nota : Tarikh kredit Bantuan Dalam MyKad fasa kedua (2) adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan akan dikemaskini sebaik sahaja kerajaan mengumumkannya secara rasmi.

BILANGAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD FASA 2 2025

Berdasarkan rekod, bilangan penerima Bantuan Dalam MyKad yang layak menerima pengkreditan fasa kedua (2) adalah seramai 700,000 ribu individu merangkumi golongan isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan yang berstatus miskin serta miskin tegar.

  • Isi Rumah;
  • Bujang; dan
  • Warga Emas Tiada Pasangan Tiada Anak.

JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD FASA 2 2025

Setiap kategori akan menerima jumlah kredit Bantuan Dalam MyKad fasa kedua (2) seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH KREDIT
BANTUAN DALAM MYKAD
FASA 2 2025
ISI RUMAHRM100
BUJANGRM50
WARGA EMASRM100

CHECK STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD FASA 2 2025

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.