BANTUAN BUJANG RM600 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN BUJANG RM600 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

Tentunya golongan bujang juga merasa terbeban dengan peningkatan kos sara hidup yang sukar dikawal. Oleh itu, bagi membantu golongan bujang untuk menghadapi isu kos sara hidup, Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Bujang bagi sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah semak bantuan bujang rm600 layak atau tidak? Ikuti panduan lengkap semakan kelayakan di bawah.

APA ITU BANTUAN BUJANG 2025

Pihak Kerajaan Madani telah meningkatkan kadar peruntukan bantuan untuk golongan bujang melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2025 untuk membantu mengurangkan bebanan kewangan golongan bujang.

KADAR AMAUN BANTUAN BUJANG 2025

Golongan bujang akan menerima amaun Bantuan Bujang sebanyak RM600 dan tambahan sebanyak RM600 (tertakluk kelayakan) menjadikan kadar amaun keseluruhan Bantuan Bujang sehingga RM1,200 setahun.

JENIS BANTUANKADAR AMAUN
BANTUAN BUJANG
Bantuan BujangRM600
Bantuan TambahanRM600
(bagi yang memenuhi kelayakan)

KELAYAKAN BANTUAN BUJANG RM600 2025

Bantuan Bujang akan diberikan kepada golongan bujang yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan seperti berikut sahaja :

  • Warganegara Malaysia;
  • Bujang belum berkahwin; atau
  • Balu/Janda/Duda tiada anak;
  • Berumur 21 hingga 59 tahun;
  • Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA atau IPTS;
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Bujang; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN BUJANG 2025

Untuk kepastian kelayakan anda, telah disahkan atau tidak menerima Bantuan RM600, sila buat semakan melalui pautan rasmi berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran RM600 (STR) dan RM600 (SARA) akan dipaparkan.
  14. Selesai.

KAEDAH AGIHAN BANTUAN BUJANG RM600 2025

Agihan Bantuan Bujang yang bernilai RM600 (STR) dan RM600 (SARA) adalah melalui dua (2) kaedah, iaitu :

  • Kaedah Agihan Bantuan Bujang RM600 (STR) :
    • Diagihkan secara berperingkat mengikut empat (4) fasa melalui akaun bank penerima atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tiada akaun bank.
  • Kaedah Agihan Bantuan Bujang RM600 (SARA) :
    • Diagihkan secara ansur setiap bulan melalui kad pengenalan penerima untuk pembelian barangan keperluan asas.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.