SEMAKAN SKAS SARAWAK 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)

SEMAKAN SKAS SARAWAK 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)

Satu inisiatif baharu Kerajaan Sarawak adalah dengan menyediakan bantuan khusus bahan makanan asas untuk rakyat Sarawak yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan rentan bagi memastikan agar keperluan asas harian mereka mencukupi.

Bagaimanakah semakan skas sarawak 2025? Ikuti info lanjut disini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Kelayakan permohonan dan penerima bantuan SKAS 2025 seperti:

  1. Syarat Umum
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  2. Kategori Penerima
    • Isi Rumah
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    • Bujang
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
    • Warga Emas
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.

PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK 2025

Pengguna boleh lakukan semakan status kelayakan secara online seperti ini:

  1. Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
  2. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/
  3. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  4. Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  5. Tekan butang “Check Eligibility”.
  6. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  7. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  8. Klik butang “NEXT”.
  9. Kemudian, tekan “My Individual Account”.
  10. Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  12. Tekan “Search”.
  13. Paparan Notifikasi Nama anda Lulus atau Tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

JUMLAH BANTUAN SKAS SARAWAK

Kadar bantuan yang diberikan mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawah
RM 800
Warga emas TANPA pasangan dan anak
berpendapatan RM5,000 dan kebawah
RM 400
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM 250

SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN SKAS SARAWAK

Pembayaran bantuan dijadualkan akan bermula pada awal suku pertama tahun 2025. Walau bagaimanapun, tarikh rasmi masih belum diumumkan. Pihak kami akan mengemas kini maklumat sebaik sahaja pengumuman rasmi dibuat. Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun S Pay Global (Sarawak Pay) anda selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2025.

PEMBAYARAN BANTUAN SKAS SARAWAK

Untuk makluman anda, bantuan ini akan disalurkan secara TANPA TUNAI (cashless), dimana bantuan akan disalurkan melalui akaun S PAY GOLBAL (Sarawak Pay) penerima iaitu sebuah platform dompet elektronik (e-wallet) bagi pembelian barangan keperluan asas.

RUJUKAN

Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Di sini kami tegaskan bahawa pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan ini bagi memudahkan capaian orang ramai.

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan anda boleh menghubungi Pusat Talikhidmat, +6082-555999, atau emel [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/v.