SEMAKAN PLKN 2025 ONLINE : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN PLKN 2025 ONLINE : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Mesyuarat telah bersetuju supaya Kementerian Pertahanan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan konsep dan format baharu yang lebih baik untuk semua peserta berumur 17 sehingga 35 tahun.

Bagaimanakah semakan PLKN secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

KONSEP PLKN 2025

Konsep Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dibangunkan berteraskan Akta Latihan Khidmat Negara (Akta 628), Dasar Keselamatan Negara (DKN), Kertas Putih Pertahanan (KPP), dan dasar-dasar berkaitan yang disebut sebelum ini.

Dan konsep ini dibentuk dengan gabungan dua (2) komponen penting iaitu Komponen Utama Latihan Khidmat Negara dan Komponen Keberhasilan Latihan Khidmat Negara melibatkan empat (4) fasa.

KELAYAKAN PESERTA PLKN 2025 ONLINE

Berikut merupakan kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 pada tahun 2025 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pelajar Lepasan SPM;
  • Berusia antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
  • Sihat dari segi Fizikal dan Mental; dan
  • Belum pernah menyertai PLKN sebelum ini.

KELEBIHAN MENYERTAI PLKN 2025

Antara kelebihan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah :

  • Membentuk Jati Diri dan Sahsiah.
  • Meningkatkan Semangat Patriotisme.
  • Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.
  • Pembangunan Kemahiran Insaniah.
  • Peluang Peningkatan Kerjaya.
  • Jaringan Sosial dan Persahabatan.
  • Peningkatan Daya Tahan Mental dan Emosi.
  • Memupuk Semangat Kesukarelawan.
  • Menyatupadukan golongan muda daripada pelbagai kaum.
  • Membentuk perwatakan positif dan pengalaman nilai murni.
  • Melahirkan generasi muda cergas, cerdas dan berkeyakinan.

SEMAKAN LOKASI & TARIKH PELAKSANAAN PLKN 2025

Timbalan Menteri Pertahanan menyatakan bahawa pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah secara berperingkat seperti berikut :

SIRI PELAKSANAANTARIKHLOKASI PROGRAM
Pertama (1)12 Januari 2025
sehingga
25 Februari 2025
Kem Rejimen 515
Askar Wataniah,
Kuala Lumpur
Kedua (2)11 Mei 2025
sehingga
24 Jun 2025
Kem Rejimen 515
Askar Wataniah,
Kuala Lumpur dan
Kem Rejimen 505
Askar Wataniah,
Pekan Pahang
Ketiga (3)7 September 2025
sehingga
21 Oktober 2025
Kem Rejimen 515
Askar Wataniah,
Kuala Lumpur dan
Kem Rejimen 505
Askar Wataniah,
Pekan Pahang

SEMAKAN PLKN 2025 ONLINE

Bagi peserta yang layak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dimaklumkan melalui dua (2) saluran utama, iaitu :

  • Melalui e-Mel :
    • Calon yang layak akan menerima e-Mel permohonan melalui alamat e-Mel yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
  • Melalui Surat Panggilan Rasmi :
    • Calon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

*Nota : Jika anda tidak dipanggil, ini bermakna anda gagal untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3.0. Namun, anda masih berpeluang untuk dipanggil pada siri yang akan datang selagi usia belum mencapai 35 tahun.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/en/information/plkn-3-0.GAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf